Thursday 17 January 2013

Ini Sedikit Tentang Alat-alat Ukur Bahan




Pengenalan

Walaupun akal dan tangan anda sendiri yang mengawal lukisan terakhir, namun penggunaan alat dan bahan yang bermutu juga boleh melukis/mendraf dan itu adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.  Juga pencapaian kerja-kerja yang bermutu tinggi melalui proses pembelajaran iaitu melukis/mendraf sendiri dengan tidak jemu-jemu menjadi lebih mudah akhirnya dengan pengetahuan bahawa semenjak awal-awal lagi bahawa kita sedang menggunakan alat dan bahan yang baik yang boleh membawa kejayaan yang diharapkan.  Namun harus diingat juga bahawa penggunaan alat dan bahan yang bermutu tidak semestinya menjamin pencapaian mutu kerja yang tinggi.  Latihan yang secukup-cukupnya menjadi satu kemestian.
Buat maka kini terdapat alat kelengkapan lukisan yang canggih seperti pen teknikal, Mesin Lukisan (Drafting Machine) dan komputer, pelajar harus mengetahui dan menguasai penggunaan alat lukisan asas seperti sesiku tee ( T square), sesiku set (set square), pembaris skala (scale) dan lain-lain peralatan lukisan. Alat kelengkapan lukisan yang asas dan lazim di gunakan adalah seperti berikut.
a) Papan Lukis (Drafthing Board)
Papan lukis tradisi di buat daripada kayu jenis lembut supaya kertas lukisan boleh di lekatkan dengan pita pelekat (masking tape). Pin tekan tidak boleh di gunakan pada papan lukis kerana bekas pin tekan itu akan merosakkan permukaan papan lukis.
Di bahagian tepi kiri papan lukis dinamakan tepian kerja (Working edge). Tepian kerja biasanya di perbuat daripada jalur keras yang lurus supaya tepian (working edge) sesiku Tee boleh mengelangsar dengan bebas se panjang tepian kerja.
Papan lukis moden di lengkapkan dengan kaki yang boleh di ubah suai ketinggiannya. Papan lukis ini boleh di condongkan mengikut kehendak pengguna. Papan lukis yang cangih pula mempunyai permukaan yang lengkap dengaan kepingan bermagnet yang sama ukuran dengan papan lukis itu supaya jalur logam boleh memegang kuat kertas lukisan . 
Saiz dan nama papan lukis.
i)  Half Imperial  60cm x 40 cm
ii) Inperial   80cm x 60 cm
iii) Doouble Elephan 105cm x 75 cm
iv) Antiquarian  140cm x 85cm
b). Sesiku Tee (T square)
Sesiku tee di buat daripada kayu keras atau pelastik dan di gunakan untuk melukis garisan mendatar sahaja (Horizontal). Sesiku tee mempunyai bilah yang lurus dan dipasang bersudut tepat dengan setok. Pinggir bilah biasanya di buat daripada bahan keras seperti pelastik tebal yang lutsinar supaya sesiku tee tidak mengotorkan kertas lukisan dan nampak apabila melukis garisan.
Sesuku tee mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
i)   Tepian yang lurus (Working edge) 
ii)  Bilah panjang dan rata (blade) 
iii) Sambungan stok bersudut tepat (Stock/head)
 
Kegunaan sesiku tee.
i)   Untuk melurusan kertas di atas papan lukis.
ii)  Untuk melukis garisan mendatar (Horizontal)
iii)  Tapak untuk sesiku set  semasa melukis garisan
c) Sesiku set. ( Set Square)
Sesiku set berbentuk segitiga daripada plastik keras lut sunar. Terdapat 2 jenis sesiku set iaitu yang biasa (tidak boleh laras) bersudut 45, 30 , 60 darjah .
-Sesiku set boleh laras. ( Adjustable Set Square)
Sesiku boleh laras  lebih popular buat masa ini kerana ia boleh di selaraskan kepad sudut yang di kehendaki.Ia juga di perbuat dari pelastik lutsinar.  
 
d) Jangka sudut (Protector)
Jangka sudut adalah alat untuk mengukur sudut dan menanda sudut. Jangka sudut di perbuat daripada plastik berbentuk separuh bulatan dan ada yang berbentuk bulatan penuh .





e) Mesin lukis (Drafthing machine)
Mesin lukis adalah sebuah alat yang boleg menggantikan penggunaan sesiku tee dan sesiku set. Jangka sudut pembarisnya boleh di tetapkan  epada 15, 30, 45, 60, 70 dan 90 darjah. Dengan menggunakan mesin lukis, kerja melukis dapat di lakukan dengan cepat dan tepat.
f) Skala (Scale) 
Skala ialah satu alat yang di  gunakan untuk menyukat ukuran sesuatu komponen dalam lukisan. Ketepatan sesuatu lukisan bergantung kepada kemahiran menggunakan skala . 
Alat skala yang berbentuk pembaris dibuat daripada kayu, buluh atau plastik. la digunakan untuk mengubah kadar satu-satu objek.  Sifat sifatnya yang harus diutamakan adalah:
1 .  Pembahagian ukurannya tepat.
2.   Pembahagian ukurannya dipahat.
3.   la tahan lentur.
Alat skala tidak boleh digunakan sebagai tepi memotong kertas atau sebagai pembaris.
Terdapat beberapa bentuk skala yang biasa di gunakan, 
 i) Segitiga (Tringular)
 ii) Pipih (Flat)
Jenis skala yang biasa di gunakan seperti 
i)   skala arkitek (arcitec scale),
ii)  skala enginneer (engineer scale),
iii) skala desimal (decimal scale), 
 vi) skala  pecahan (fraction scale)
 v)  skala metrik ( metric scale)

3. Pensel cekam
Bentuknya seakan-akan sama dengan pensel mekanik tetapi diameter mata grafitnya lebih besar.  Pensel ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garls.  Mata pensel ini perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada pangkal pensel itu.  Pensel ini sangat baik untuk lakaran bebas.  Ketiga-tiga jenis pensel ini boleh menghasilkan kerja yang bermutu tetapi seseorang itu harus pandai menguasai pensel tersebut.
Dalam lukisan teknik, hanya pensel yang bermutu tinggi sahaja yang sesuai di gunakan, Pensel teknikal juga boleh digunan kerana ia tidak perlu di asah dan mempunya gred mata yang di perlukan tetapi pencil jenis ini tidak boleh di beri tekanan (pressure).
 Memilih gred mata pensel. 
 Plumbum pensel lukis di buat daripada grafit  yang di campur dengan polimer atau tanah liat sebagai pengikat. Nisbah campuran berbeza dapat menghasiilan beberapa gred pennsel. Setiap gred yang hanya sesuai di gunakan untuk kerja-kerja tertentu sahaja.
 

 
Pensel terbahagi kepada 18 gred, daripada 7B (paling lembut) sehingga 9H (paling keras).  Mata pensel dibuat daripada bahan mentah grafit dan tanah liat.  Kekerasan mata pensel bergantung kepada nisbah kandungan grafit dan tanah liat.
 7B hingga 2B
Paling lembut.  Untuk garis keratan, garis profil dan huruf-huruf tajuk.  Memeriukan kawalan.  Senang dipadamkan dan mudah kotor.  Sesuai untuk lukisan lakaran.
 3H hingga B
Sederhana lembut.  Untuk garis tampak, garis keratan
dan huruf-huruf tajuk.  Memerlukan kawalan. Senang dipadam.  Menghasilkan cetakan
yang memuaskan.  Sesuai juga untuk lukisan lakaran dan lukisan teknik.
. 4H hingga 9H
Paling keras.  Kurang sesuai untuk lukisan teknik, patut dielakkan penggunaannya kerana garis kurang nyata dan sukar dipadam.  Tidak menghasilkan cetakan yang memuaskan.
Mutu garis bergantung kepada
1. Gred mata pensel yang digunakan.
11. Jenis kertas yang digunakan.
111.  Tekanan yang dibuat kepada kertas.
IV.  Permukaan tempat melukis.

 Lengkung Perancis (French Curve)
Lengkung perancis adalah alat yang digunakan untuk melukis garis lengkung. Alat ini di buat daripada pelastik lutsinar dan bentukknya seperti dalam gambarajah.

No comments:

Post a Comment