Friday, 26 April 2013

PAPAK LANTAI


PEMBINAAN STRUKTUR PAPAK LANTAI DAN LAPISANNYA
·         Dibina daripada konkrit bertetulang seperti konkrit tuang dahulu atau kayu.
·         Lantai tingkat bawah (di atas tanah) untuk bagunan kediaman biasanya dibina sama aras dengan tanah di sekelilingnya.
·         Lantai itu dibuat daripada konkrit (tuang in-situ) setebal 100mm atau lebih.
·         Konkrit dituang di atas timbusan lapisan asas padat daripada pecahan batu bata  atau pecahan konkrit atau ketul-ketul batu kelikir dan pasir.
·         Jenis lantai ini boleh disudahkan dengan kemasan kasar untuk diturapkan dengan bahan kemasan lantai atau disudahkan dengan kemasan rata dengan menggunakan sudip.
·         Untuk rumah kediaman, lantai dibina daripada papan kayu kering setebal 25mm-37.5mm, diketam pada permukaan atas dan disambung secara tanggam lidah dan lurah.
·         Papan-papan lantai ini disusun diatas gelegar-gelegar kayu yang diletakkan dengan jarak 0.6m antara satu sama lain.
·         Lantai ini disiapkan dengan siling yang dipakukan kepada penggantunya supaya kayu-kayu gelegar tidak kelihatan apabila dipandang dari bawah.
·         Untuk bagunan yang besar , ianya dibina satu siri rasuk konkrit bertetulang utama dan rasuk betina untuk menanggung beban atau berat lantai konkrit yang dibuat secara tuang insitu.
·         Jika ukuran rentang kurang daripada 4.5m, lantai konkrit bertetulang sekeping digunakan dan lantai ini ditatang oleh keempat-empat rasuk di bahagian sisinya.

Tuesday, 23 April 2013

malam yang sepi...

saya sayang ibu
saya rindu ibu
ibu.....sayang ibu sangat-sangat...esok exam..tapi xleh nk lelap larr

ARCHIMEDES’ PRINCIPLE

ARCHIMEDES' PRINCIPLE STATES THAT AN OBJECT WHICH IS PARTIALLY OR WHOLLY IMMERSED IN A FLUID (LIQUID OR GAS) IS ACTED UPON BY AN UPWARD BUOYANT FORCE EQUALS TO THE WEIGHT OF THE FLUID IT DISPLACES. THE BUOYANT FORCE IS CREATED BY THE INCREASE OF PRESSURE WITH DEPTH.

Thursday, 17 January 2013

Ini Sedikit Tentang Alat-alat Ukur Bahan




Pengenalan

Walaupun akal dan tangan anda sendiri yang mengawal lukisan terakhir, namun penggunaan alat dan bahan yang bermutu juga boleh melukis/mendraf dan itu adalah satu pengalaman yang menyeronokkan.  Juga pencapaian kerja-kerja yang bermutu tinggi melalui proses pembelajaran iaitu melukis/mendraf sendiri dengan tidak jemu-jemu menjadi lebih mudah akhirnya dengan pengetahuan bahawa semenjak awal-awal lagi bahawa kita sedang menggunakan alat dan bahan yang baik yang boleh membawa kejayaan yang diharapkan.  Namun harus diingat juga bahawa penggunaan alat dan bahan yang bermutu tidak semestinya menjamin pencapaian mutu kerja yang tinggi.  Latihan yang secukup-cukupnya menjadi satu kemestian.
Buat maka kini terdapat alat kelengkapan lukisan yang canggih seperti pen teknikal, Mesin Lukisan (Drafting Machine) dan komputer, pelajar harus mengetahui dan menguasai penggunaan alat lukisan asas seperti sesiku tee ( T square), sesiku set (set square), pembaris skala (scale) dan lain-lain peralatan lukisan. Alat kelengkapan lukisan yang asas dan lazim di gunakan adalah seperti berikut.
a) Papan Lukis (Drafthing Board)
Papan lukis tradisi di buat daripada kayu jenis lembut supaya kertas lukisan boleh di lekatkan dengan pita pelekat (masking tape). Pin tekan tidak boleh di gunakan pada papan lukis kerana bekas pin tekan itu akan merosakkan permukaan papan lukis.
Di bahagian tepi kiri papan lukis dinamakan tepian kerja (Working edge). Tepian kerja biasanya di perbuat daripada jalur keras yang lurus supaya tepian (working edge) sesiku Tee boleh mengelangsar dengan bebas se panjang tepian kerja.
Papan lukis moden di lengkapkan dengan kaki yang boleh di ubah suai ketinggiannya. Papan lukis ini boleh di condongkan mengikut kehendak pengguna. Papan lukis yang cangih pula mempunyai permukaan yang lengkap dengaan kepingan bermagnet yang sama ukuran dengan papan lukis itu supaya jalur logam boleh memegang kuat kertas lukisan . 
Saiz dan nama papan lukis.
i)  Half Imperial  60cm x 40 cm
ii) Inperial   80cm x 60 cm
iii) Doouble Elephan 105cm x 75 cm
iv) Antiquarian  140cm x 85cm
b). Sesiku Tee (T square)
Sesiku tee di buat daripada kayu keras atau pelastik dan di gunakan untuk melukis garisan mendatar sahaja (Horizontal). Sesiku tee mempunyai bilah yang lurus dan dipasang bersudut tepat dengan setok. Pinggir bilah biasanya di buat daripada bahan keras seperti pelastik tebal yang lutsinar supaya sesiku tee tidak mengotorkan kertas lukisan dan nampak apabila melukis garisan.
Sesuku tee mestilah mempunyai ciri-ciri seperti berikut:-
i)   Tepian yang lurus (Working edge) 
ii)  Bilah panjang dan rata (blade) 
iii) Sambungan stok bersudut tepat (Stock/head)
 
Kegunaan sesiku tee.
i)   Untuk melurusan kertas di atas papan lukis.
ii)  Untuk melukis garisan mendatar (Horizontal)
iii)  Tapak untuk sesiku set  semasa melukis garisan
c) Sesiku set. ( Set Square)
Sesiku set berbentuk segitiga daripada plastik keras lut sunar. Terdapat 2 jenis sesiku set iaitu yang biasa (tidak boleh laras) bersudut 45, 30 , 60 darjah .
-Sesiku set boleh laras. ( Adjustable Set Square)
Sesiku boleh laras  lebih popular buat masa ini kerana ia boleh di selaraskan kepad sudut yang di kehendaki.Ia juga di perbuat dari pelastik lutsinar.  
 
d) Jangka sudut (Protector)
Jangka sudut adalah alat untuk mengukur sudut dan menanda sudut. Jangka sudut di perbuat daripada plastik berbentuk separuh bulatan dan ada yang berbentuk bulatan penuh .





e) Mesin lukis (Drafthing machine)
Mesin lukis adalah sebuah alat yang boleg menggantikan penggunaan sesiku tee dan sesiku set. Jangka sudut pembarisnya boleh di tetapkan  epada 15, 30, 45, 60, 70 dan 90 darjah. Dengan menggunakan mesin lukis, kerja melukis dapat di lakukan dengan cepat dan tepat.
f) Skala (Scale) 
Skala ialah satu alat yang di  gunakan untuk menyukat ukuran sesuatu komponen dalam lukisan. Ketepatan sesuatu lukisan bergantung kepada kemahiran menggunakan skala . 
Alat skala yang berbentuk pembaris dibuat daripada kayu, buluh atau plastik. la digunakan untuk mengubah kadar satu-satu objek.  Sifat sifatnya yang harus diutamakan adalah:
1 .  Pembahagian ukurannya tepat.
2.   Pembahagian ukurannya dipahat.
3.   la tahan lentur.
Alat skala tidak boleh digunakan sebagai tepi memotong kertas atau sebagai pembaris.
Terdapat beberapa bentuk skala yang biasa di gunakan, 
 i) Segitiga (Tringular)
 ii) Pipih (Flat)
Jenis skala yang biasa di gunakan seperti 
i)   skala arkitek (arcitec scale),
ii)  skala enginneer (engineer scale),
iii) skala desimal (decimal scale), 
 vi) skala  pecahan (fraction scale)
 v)  skala metrik ( metric scale)

3. Pensel cekam
Bentuknya seakan-akan sama dengan pensel mekanik tetapi diameter mata grafitnya lebih besar.  Pensel ini boleh menghasilkan berbagai-bagai sifat garls.  Mata pensel ini perlu ditajamkan dengan pisau atau pengasah mekanik yang sedia dibekalkan pada pangkal pensel itu.  Pensel ini sangat baik untuk lakaran bebas.  Ketiga-tiga jenis pensel ini boleh menghasilkan kerja yang bermutu tetapi seseorang itu harus pandai menguasai pensel tersebut.
Dalam lukisan teknik, hanya pensel yang bermutu tinggi sahaja yang sesuai di gunakan, Pensel teknikal juga boleh digunan kerana ia tidak perlu di asah dan mempunya gred mata yang di perlukan tetapi pencil jenis ini tidak boleh di beri tekanan (pressure).
 Memilih gred mata pensel. 
 Plumbum pensel lukis di buat daripada grafit  yang di campur dengan polimer atau tanah liat sebagai pengikat. Nisbah campuran berbeza dapat menghasiilan beberapa gred pennsel. Setiap gred yang hanya sesuai di gunakan untuk kerja-kerja tertentu sahaja.
 

 
Pensel terbahagi kepada 18 gred, daripada 7B (paling lembut) sehingga 9H (paling keras).  Mata pensel dibuat daripada bahan mentah grafit dan tanah liat.  Kekerasan mata pensel bergantung kepada nisbah kandungan grafit dan tanah liat.
 7B hingga 2B
Paling lembut.  Untuk garis keratan, garis profil dan huruf-huruf tajuk.  Memeriukan kawalan.  Senang dipadamkan dan mudah kotor.  Sesuai untuk lukisan lakaran.
 3H hingga B
Sederhana lembut.  Untuk garis tampak, garis keratan
dan huruf-huruf tajuk.  Memerlukan kawalan. Senang dipadam.  Menghasilkan cetakan
yang memuaskan.  Sesuai juga untuk lukisan lakaran dan lukisan teknik.
. 4H hingga 9H
Paling keras.  Kurang sesuai untuk lukisan teknik, patut dielakkan penggunaannya kerana garis kurang nyata dan sukar dipadam.  Tidak menghasilkan cetakan yang memuaskan.
Mutu garis bergantung kepada
1. Gred mata pensel yang digunakan.
11. Jenis kertas yang digunakan.
111.  Tekanan yang dibuat kepada kertas.
IV.  Permukaan tempat melukis.

 Lengkung Perancis (French Curve)
Lengkung perancis adalah alat yang digunakan untuk melukis garis lengkung. Alat ini di buat daripada pelastik lutsinar dan bentukknya seperti dalam gambarajah.

Tahukah Anda? : Jenis-jenis Batu Bata

Dinding atau tembok bata biasanya menjadi bahan isian (infill) kepada dinding terutama kepada struktur kerangka. Dinding yang menerima beban menggunakan tembok dinding luaran dan juga kadang-kala dalaman sebagai dinding struktur. Jenis-jenis bata boleh dikategorikan kepada bahan asal ianya diperbuat atau jenis kegunaannya. Bahan-bahan untuk dinding yang biasa digunakan ialah bahan kayu-kayuan, logam, konkrit tetulang, batu-bata, blok simen konkrit dan lain-lainnya.

a. Batu-bata Biasa (Ordinary Brick)

Batu-bata jenis ini diperbuat daripada campuran tanah liat atau simen-pasir.

i. Bata daripada campuran tanah liat diperbuat melalui proses mesin dan dawai pemotong mengikut kehendak Piawai Malaysia MS76. Digunakan untuk kerja binaan umum dan pengisian kepada kerangka struktur.

ii. Bata campuran tanah liat dan simen pasir mengikut ukuran nominal seperti berikut:
  

Panjang (mm)Lebar (mm)Tebal (mm)
225 +/- 3.2113 +/- 1.675 +/- 1.6








b. Batu-bata Permukaan (Facing Brick)

Diperbuat daripada bahan campuran tanah liat yang bemutu atau juga simen dan bahan pasir dan bahan tambahan (additives). Digunakan sebagai kerja kemasan dan hiasan kepada dinding yang tidak berlepa.





c. Bata Tahan Api (fire brick)

Diperbuat daripada campuran tanah liat bermutu dan bahan tambahan yang lain. Digunakan untuk binaan kerja-kerja tahan panas dan jemuran terutama tempat pembakaran seperti corong api (fire flue).





d. Bata Kejuruteraan (engineering brick)

Diperbuat daripada tanah liat bermutu dan bahan tambahan. Digunakan untuk kera-kerja binaan yang berat dan memerlukan kekuatan bebanan yang besar, padat dan tidak serap air. Digunakan pada kerja-kerja kejuruteraan bawah tanah yang menerima beban yang tinggi sebagai struktur utama atau struktur dinding yang terdedah kepada kesan cuaca dan suhu yang berbeza.




Gaya Yang Betul Dalam Pengukuran Kuantiti

Susunan: Norizan bin Mansor

Bagi kita yang telah terjun ke bidang ukur bahan, tak kira peringkat sijil, diploma atau sarjana muda, sewajarnya kita boleh mengukur dan seelok-eloknya menguasai ilmu ukur kuantiti berdasarkan lukisan arkitek dan jurutera.

Ukur kuantiti adalah sebagai kerja asas – bread & butter – yang perlu juruukur bahan lakukan, samada kita yang bekerja di firma kontraktor atau lebih-lebih lagi di firma perunding ukur bahan bila menyediakan senarai bahan (kini di sebut senarai kuantiti). Mungkin kita telah menjadi juruukur bahan senior atau menjadi rakan kongsi syarikat dan mengukur kuantiti hanya di lakukan stafjunior. Tetapi kadang-kadang bila di tanya, kita terpaksa mengajarthe good practice.

Bila mengukur pastikan ianya mengikut gaya yang betul seperti yang di pelajari dari pensyarah-pensyarah ukur bahan dan yang di nyatakan dalam buku teks ukur binaan yang muktabar. Kalau tidak tentu kita akan menyusahkan orang lain untuk memahami gaya kita kerana agak berbeza. Biasanya pensyarah hanya mengajar amalan yang baik (the good practice).

Di antaranya:

1. Pengukuran (taking-off) BERMULA dengan penyediaan taking-off list. Kita perlu menulis item kerja (items) yang perlu di ukur menggunakan taking-off list. Mungkin ada item yang tertinggal, akan di masukkan bila teringat.

2. Pastikan nombor muka surat dan nama pengukur di tulis pada setiap helai kertas.

3. Item yang telah di ukur hendaklah di tandakan penuh menggunakan salah satu tanda di bawah yang selari SELEPAS item selesai di ukur dengan menggunakan dakwat merah. Bukan apabila selesai semua pengukuran.
 Begini
                       

4. Pastikan tulisan kita boleh di baca oleh orang lain kerana kadang-kadang staf lain menderita kerana tulisan kita sukar di baca. Juruukur bahan bukan pegawai perubatan (doktor) tetapi sebagai akauntan kos dalam industri binaan.

5. Tulis hasil pendaraban (timesing) pada di lajur jawapan SEJAJAR dengan ukuran sesuatu ukuran seperti di bawah ini.  Elakkan menulis di lajur jawapan lebih kebawah.                            
   
    
6. Bila membatalkan sesuatu dimensi, sila gunakan NIL menggunakan dakwat merah. Boleh gunakan huruf kecil nil. Di tunjukkan di bawah:
  
7. Elakkan menulis ditto (yang bermaksud seperti di atas) bila mengukur menggunakan kertas ukuran pengasingan (cut & shuffle). Ia boleh di lakukan hanya untuk kertas ukuran tradisional.

8. Untuk item-item yang mempunyai dimensi yang sama, cuma tuliskan ‘As per page no….’ di dalam ruang dimensi dan di gariskan.

9. Elakkan menulis huraian yang panjang pada setiap muka kertas dengan menulis sedikit huraian bagi item tersebut di ikuti dengan perkataan a.b.d (as before desribed). Huraian yang panjang hanya di tulis pada muka pertama.

10. Lebih cantik sekiranya menggariskan (underline) menggunakan pembaris di bawah setiap dimensi dsbnya daripada menggunakan tangan (free hand).

11. Gunakan treasury tags untuk mengikat kertas-kertas ukuran yang telah di gunakan. Jangan sekali-kali menggunakan stapler

Bagi item tertentu yang dimensinya banyak yang memerlukan beberapa helai kertas ukuran perlu di ikatkan bersama menggunakan treasury tags atau pun stapler. Helaian yang paling atas di sebut helaian master di ikuti dengan slaves di bawahnya. Pastikan jumlah kuantiti di letakkan dalam helaian master sahaja.

12. Untuk pengiraan gunakan ruang kerja di sebelah kanan
yang boleh.  Pengiraan adalah penting untuk masa depan. Anda mungkin terlupa atau bertukar tempat kerja.

13. Pastikan hanya jawapan pengiraan yang akan di pindahkan ke lajur ukuran di berikan garis dua kali (double underlined).

14. Penggunaan pemadam cecair (liquid paper) untuk memadamkan kesalahan adalah TIDAK di galakkan. Cuma potong sahaja dengan pen dan tulis pembetulan di atasnya. Segala ukuran akan di simpan dan boleh menjadi bukti di mahkamah bila perlu.

15. Menulis perkataan ‘To take’ beberapa item yang akan di ambil apabila terpaksa meninggalkan pengukuran.

Terima kasih kepada pensyarah ukur bahan zaman berzaman yang memperturunkan amalan yang baik kepada juruukur bahan pelapis. Selamat mengukur dengan gaya yang betul.

Sedikit Tentang Sejarah Ukur Bahan Di Malaysia

Penyusun asal: Asmah Alia Mohd Bihari, Leong Lee Lee & Mani Malar Moli a/p Natchiappan

Profesion ukur bahan telah wujud di Malaysia pada awal tahun 1930. Firma ukur bahan pertama ditubuhkan di kawasan ini ialah firma perunding ukur bahan Waters and Watsons iaitu pada tahun 1934.

Setelah perang dunia ke-2, barulah profesion ukur bahan berkembang di Malaysia. Kerajaan yang ada waktu itu menubuhkan Bahagian Ukur Bahan dalam Jabatan Kerja Raya tetapi tugas-tugas Juruukur Bahan adalah terhad. Juruukur Bahan pada masa itu adalah di bawah Jabatan Arkitek dan bertugas sebagai Pegawai Kontrak. Juruukur Bahan pada masa itu bertindak sebagai Pegawai Kontrak untuk memanggil tender dalam bentuk harga pukal (lump sum), menguruskan kontrak dan menyediakan akaun muktamad sesuatu projek

Pada tahun 1952, barulah ukur bahan mempunyai cawangannya sendiri di Jabatan Kerja Raya. Tidak ada sistem pembelajaran yang spesifik sehinggalah pada tahun 1953. Pada masa itu, pelatih jurutenik ukur bahan terpaksa belajar dari Juruukur Bahan asing, kebanyakan warganegara British, yang ada di Jabatan Kerja Raya dan melalui pengalaman mereka bekerja.

Pada tahun 1953, Maktab Teknik (di tukarkan menjadi Institut Teknologi Kebangsaan (ITK) pada 1972) telah ditubuhkan dan kursus Diploma Ukur Bahan adalah merupakan salah satu kursus yang diadakan khas untuk menyediakan Pembantu Teknik Ukur Bahan untuk berkhidmat dengan Jabatan Kerja Raya. Pensyarah yang mengajar adalah pensyarah sambilan. Skop kursusnya adalah hampir sama dengan kursus Senibina dan kursus Kejuruteraan Awam iaitu dari segi matapelajaran Pembinaan Bangunan.
Penuntut–penuntut yang mendapat Diploma Ukur Bahan akan dihantar melanjutkan pelajaran di luar negara. Sebahagiannya pula dihantar bekerja di Jabatan Kerja Raya.

Selepas perang dunia ke-2, firma-firma ukur bahan yang awal yang wujud di Malaysia ialah pada tahun 1958 iaitu firma ukur bahan Frank and Vargeson dan diikuti oleh Chris and Cavanaugh dan seterusnya ialah Bridge Water and Coulton. Pada tahun 1963, firma ukur bahan Suckling and Mcdonald telah ditubuhkan dan terdiri daripada Juruukur Bahan K.A Suckling dan J.H Mc Donald.

Pada tahun 1965, seorang Juruukur Bahan Bumiputera, Haji Md Isahak Md Yusuf (sekarang Datuk) merupakan seorang Juruukur Bahan Melayu yang pertama memasuki sektor swasta. Haji Mohd Isahak menubuhkan firma Ukur Bahan bumiputera yang pertama di Malaysia.

Seterusnya, aktiviti pembinaan berkembang dengan pesatnya di Malaysia, firma ukur bahan juga berkembang dengan pesatnya. Sehingga kini perkembangan firma perunding ukur bahan adalah di tahap yang baik. Kalau dulu hanya di bandar besar sahaja yang terdapat pejabat perunding ukur bahan tetapi kini berkembang ke mana-mana.

Institusi–institusi pengajian tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda, Diploma dan Sijil juga meningkat.

Universiti Teknologi Malaysia (dulu Institut Teknologi Kebangsaan) merupakan pelopor kursus bidang ukur bahan di Malaysia dan di ikuti oleh Universiti Teknologi MARA (dulu Institut Teknologi MARA). Di kedua-dua universiti kursus di tawarkan meliputi peringkat Diploma dan Sarjana Muda. Sementara itu Universiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa juga kini menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Sarjana Muda sahaja. Politeknik awam setakat ini hanya menawarkan kursus ukur bahan pada peringkat Diploma dan Sijil.

Pada hari ini, profesion Juruukur Bahan semakin di kenali di kalangan masyarakat dan perkhidmatannya adalah mendapat sambutan yang menggalakkan. Dulu beberapa orang pelajar Indonesia telah mengikuti kursus ukur bahan di ITM dan UTM. Akhirnya Universiti Teknologi Malaysia (melalui Jabatan Ukur Bahan, Fakulti Alam Bina)
telah berjaya memperkenalkan kursus ukur bahan (di kenali sebagai Teknik Ekonomi Konstruksi) di negara jiran Indonesia melalui kerjasama Universitas Bung Hatta, Padang melalui Fakultas Teknik Sipil dan Perencanaan) pada peringkat Diploma mulai 2002.

Buku SMM2 Surveyor


SMM2 Second Edition (Malaysia)

-

Malaysian Standard Method Of Measurement For Building Works Second Edition

Malaysian Standard Method Of Measurement For Building Works Second Edition
  • Pengarang
    :
    The Institution Of Surveyrs, Malaysia
  • Penerbit
    :
    The Institution Of Surveyrs, Malaysia
  • Tahun Terbit
    :
  • Subjek
    :
    Malaysian Standard Method Of Measurement For Building Works Second Edition
  • Lokasi Simpan
    :
    Sekretariat BPKSDM
  • Jenis Pustaka
    :
    Monograf
  • Kode Pustaka
    :
    BPKSDM-1224
  • No. Klasifikasi (UDC)
    :
    NA
  • Jenis Dokumen
    :
    Referensi
  • ISBN
    :
    NA
  • Kolasi
    :
    137 hlm; 29 cm
  • Abstraks
    :
  • Abstraktor
    :
  • No. Rak Buku
    :
  • Status Peminjaman
    :
    Tersedia